Tuesday, December 22, 2009

Selamatkan Izzuddin Shah (SIS)


1. Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah adalah kebanggaan rakyat Perak.

2. Kenapa? Kenapa kedua-dua sekolah ini merupakan milik penuh kerajaan Negeri Perak.

3. Lagi? Kerana sekolah ini adalah sekolah yang berteraskan pengajian agama.

4. Jadi? Apa istimewanya? Kedua-dua sekolah ini menawarkan pengajian i'dadi dan thanawi yang diajar dalam bahasa arab yang tidak ada pada mana-mana sekolah yang lain di Perak.

5. Apa akan terjadi kalau dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan pusat? Jadi Sekolah Menengah Agama Bantuan Persekutuan.....? Maka tiada lagi pelajaran i'dadi dan thanawi!

6. Apa kesannya? Tiada lagi orang yang mampu mengambil STAM dengan baik kerana tiada asas bahasa arab yang kukuh.

7. Lagi? Tiada lagi penghayatan kepada Al-Quran dengan baik kerana tidak menguasai bahasa Arab.

8. Lalu? Ramai yang tak faham isi kandungan Al-Quran.. maka kemenangan berpihak kepada.....

9. Anda sambung sendiri.

0 comments:

Post a Comment