Sidang Media Pertahankan SIS dan SERATA

MEMO

Kepada :-

Semua Editor dan Wartawan,
Media Massa.


Saudara / saudari,

SIDANG MEDIA PERTAHANKAN SEKOLAH IZZUDDIN SHAH DAN SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH DARI DITUKAR MILIKKAN KE KERAJAAN PUSAT

Adalah dimaklumkan bahawa bekas-bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) akan mengadakan sidang media tersebut pada maklumat seperti berikut :-

Tarikh : 18 Disember 2009 / 1 Muharam 1431 (JUMAAT)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Hadapan Pintu Masuk Utama,
Sekolah Izzuddin Shah,
Jalan Sultan Azlan Shah, 31400, IPOH.


Sidang Media akan di ketuai oleh Saudara Yuzi Faizal (017-4830965) , Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN ).


Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan . Terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,

Mohd Hakim Mohd Nor
Setiausaha,
Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN)

019-4505360
muhakim.blogspot.com
muhakim@gmail.com
Read More

Selamatkan Izzuddin Shah (SIS)


1. Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah adalah kebanggaan rakyat Perak.

2. Kenapa? Kenapa kedua-dua sekolah ini merupakan milik penuh kerajaan Negeri Perak.

3. Lagi? Kerana sekolah ini adalah sekolah yang berteraskan pengajian agama.

4. Jadi? Apa istimewanya? Kedua-dua sekolah ini menawarkan pengajian i'dadi dan thanawi yang diajar dalam bahasa arab yang tidak ada pada mana-mana sekolah yang lain di Perak.

5. Apa akan terjadi kalau dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan pusat? Jadi Sekolah Menengah Agama Bantuan Persekutuan.....? Maka tiada lagi pelajaran i'dadi dan thanawi!

6. Apa kesannya? Tiada lagi orang yang mampu mengambil STAM dengan baik kerana tiada asas bahasa arab yang kukuh.

7. Lagi? Tiada lagi penghayatan kepada Al-Quran dengan baik kerana tidak menguasai bahasa Arab.

8. Lalu? Ramai yang tak faham isi kandungan Al-Quran.. maka kemenangan berpihak kepada.....

9. Anda sambung sendiri.
Read More